Rabu, 10 Juli 2013

NASEHAT ROSULULLAH UNTUK PARA WANITA

PESANAN RASULULLAH S.A.W
KEPADA WANITA
Pesanan Rasulullah SAW Terhadap
Wanita nah berikut bererapa pesan
rasul kepada wanita yang
dirangkum didalam Kumpulan hadist
rasul dunia ini ialah perhiasan dan
sebaik-baik perhiasan ialah wanita
isteri yang solehah Riwayat Muslim,
Mana-mana perempuan yang
memakai bau-bauan kemudian ia
keluar melintasi kaum lelaki ajnabi,
agar mereka mencium bau harumnya

maka ia adalah perempuan zina,dan
tiap-tiap mata yang memandang itu
adalah zina (Riwayat Ahmad,
Thabarani dan Hakim)
Pesanan Rasulullah S.A.W
Kepada Wanita
Berikut beperapa poin Pesanan
Rasulullah SAW Terhadap Wanita :
Dunia ini ialah perhiasan dan
sebaik-baik perhiasan ialah
wanita (isteri) yang solehah.
(Riwayat Muslim).
Mana-mana perempuan yang
memakai bau-bauan kemudian
ia keluar melintasi kaum lelaki
ajnabi, agar mereka mencium
bau harumnya maka ia adalah
perempuan zina,dan tiap-tiap
mata yang memandang itu
adalah zina. (Riwayat Ahmad,
Thabarani dan Hakim)
Dikahwini wanita itu kerana
empat perkara: kerana
hartanya, kerana
keturunannya, kerana
kecantikannya dan kerana
agamanya, maka carilah yang
kuat beragama nescaya kamu
beruntung.
Wanita apabila ia sembahyang
lima waktu, puasa sebulan
Ramadhan, memelihara
kehormatan serta taat pada
suami, maka masuklah mana-
mana pintu syurga yang ia
kehendaki. (Riwayat dari
Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani,
Anas bin Malik).
Perempuan yang melabuhkan
pakaian dalam keadaaan
berhias bukan untuk suami nya
dan muhrimnya adalah
seumpama gelap gelita di hari
kiamat, tiada nur baginya.
(Riwayat Tarmizi)
Apabila lari seorang wanita
dari rumah suaminya, tidak
diterima sembahyangnya,
sehingga ia kembali dan
menghulurkan tangan kepada
suaminya (meminta maaf).
(Riwayat dari Hassan).
Wanita yang taat pada suami,
semua burung-burung di udara,
ikan diair, malaikat di langit,
matahari dan bulan semuanya
beristigfar baginya selama ia
masih taat pada suaminya dan
diredainya (serta menjaga
sembahyang dan puasanya).
Dari Muaz bin Jabal bersabda
Rasululllah SAW: Mana-mana
wanita yang berdiri di atas
kakinya membakar roti untuk
suaminya hingga muka dan
tangannya kepanasan oleh api,
maka diharamkan muka dan
tangannya dari bakaran api
neraka.
Tiap-tiap wanita yang
menolong suaminya di dalam
urusan agama, maka Allah
memasukkanya dalam syurga
lebih dahulu dari suaminya
(sepuluh ribu tahun) kerana dia
memuliakan suaminya di dunia
maka mendapat pakaian dan
bau-bauan syurga untuk turun
ke mahligai suaminya dan
mengadapnya.
Ya Fatimah, jika seorang
wanita meminyakkan rambut
suaminya dan janggutnya dan
memotong kumisnya dan
mengerat kukunya, diberi minum
Allah akan dia sungai syurga,
diiringi Allah baginya sakaratul
maut dan akan didapati
kuburnya menjadi sebuah
taman dari taman-taman
syurga serta dicatatkan Allah
baginya kelepasan dari neraka
dan selamatlah ia melintasi
titian Siratul-mustaqim.
Mana-mana wanita yang
berkata kepada suaminya
“tidak pernah aku dapat dari
engkau satu kebajikan pun”.
Maka Allah akan hapuskan
amalannya selama 70 tahun,
walaupun ia berpuasa siang
hari dan beribadah pada
malamnya.
Apabila wanita mengandung
janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat
untuknya, Allah mencatatkan
baginya setiap hari seribu
kebajikan dan menghapus
baginya seribu kejahatan.
Apabila wanita mulai sakit
untuk bersalin, Allah
mencatatkan baginya pahala
orang yang berjihad pada jalan
Allah (perang sabil).
Apabila wanita melahirkan
anak keluarlah dosa-dosa
darinya seperti keadaan
ibunya melahirkannya.
Hayatilah wahai muslimah…
semoga kita dapat memelihara
diri kita dari godaan
duniawi,,,dan hiasi diri dengan
iman dan taqwa serta akhlak
islam yg telah memartabatkan
wanita setelah kedatangan
Rasulullah SAW….
wallahu taa’la a’la waa’lam.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

mohon dukungan komentarnya ya