Sabtu, 15 Juni 2013

ASMAUL HUSNA bag.2

57. Al-Muhshii : ( ﻰﺼﺤﻤﻟﺍ ) Maha
Menghitung / Maha Penghitung, iaitu
yang tiada satu pun tertutup dari
pandanganNya dan semua amalan
diperhitungkan sebagaimana
wajarnya.
58. Al-Mubdi’ : ( ﺉﺪﺒﻤﻟﺍ ) Maha
Memulai/Pemula / Maha Pencipta
dari Asal, iaitu yang melahirkan
sesuatu yang asalnya tidak ada dan
belum maujud.
59. Al-Mu’iid : ( ﺪﻴﻌﻤﻟﺍ ) Maha
Mengulangi / Maha
Mengembalikan dan Memulihkan, iaitu
menumbuhkan kembali setelah
lenyapnya atau setelah rosaknya.
60. Al-Muhyii : ( ﻲﺤﻤﻟﺍ ) Maha
Menghidupkan, iaitu memberikan daya
kehidupan pada setiap sesuatu yang
berhak hidup.

61. Al-Mumiit : ( ﺖﻴﻤﻤﻟﺍ ) Maha
Mematikan, iaitu mengambil kehidupan
(roh) dari apa-apa yang hidup.
62. Al-Hay : ( ﻲﺤﻟﺍ ) Maha Hidup,
iaitu sentiasa kekal hidupNya itu.
63. Al-Qayyuum : ( ﻡﻮﻴﻘﻟﺍ ) Maha
Berdiri Dengan Sendiri-Nya , iaitu
baik ZatNya, SifatNya, Af’alNya.
Juga membuat berdirinya apa-apa
yang selain Dia. DenganNya pula
berdirinya langit dan bumi ini.
64. Al-Waajid : ( ﺪﺟﺍﻮﻟﺍ ) Maha
Penemu / Maha Menemukan, iaitu
dapat menemukan apa saja yang
diinginkan olehNya, maka tidak
berkehendakkan pada suatu apa pun
kerana sifat kayaNya yang secara
mutlak.
65. Al-Maajid : ( ﺪﺟﺎﻤﻟﺍ ) Maha
Mulia, (sama dengan no. 48 yang
berbeda hanyalah tulisannya dalam
bahasa Arab, Ejaan sebenarnya no.
48 Al-Majiid, sedang no. 65 A1-
Maajid).
66. Al-Waahid : ( ﺪﺣﺍﻮﻟﺍ ) Maha
Esa.
67. Al-Ahad : ( ﺪﺣﻷﺍ ) Maha Tunggal.
68. Ash-Shamad : ( ﺪﻤﺼﻟﺍ ) Maha
Diperlukan / Maha Diminta / Yang
Menjadi Tumpuan, iaitu selalu menjadi
tujuan dan harapan orang di waktu
ada hajat keperluan.
69. Al-Qaadir : ( ﺭﺩﺎﻘﻟﺍ ) Maha
Berkuasa/ Maha Kuasa / Maha
Berupaya
70. Al-Muqtadir : ( ﺭﺪﺘﻘﻤﻟﺍ ) Maha
Menentukan.
71. Al-Muqaddim : ( ﻡﺪﻘﻤﻟﺍ ) Maha
Mendahulukan / Maha Menyegera,
iaitu mendahulukan sebahagian benda
dari yang lainnya dalam mewujudnya,
atau dalam kemuliaannya, selisih
waktu atau tempatnya.
72. Al-Muakhkhir : ( ﺮﺧﺆﻤﻟﺍ ) Maha
Menangguhkan / Maha
Mengakhirkan / Maha
Membelakangkan / Maha Melambat-
lambatkan., iaitu melewatkan
sebahagian sesuatu dari yang
lainnya.
73. Al-Awwal : ( ﻝﻭﻷﺍ ) Maha
Pemulaan / Maha Pertama, iaitu
terdahulu sekali dari semua yang
maujud.
74. Al-Aakhir : ( ﺮﺧﻵﺍ ) Maha
Penghabisan / Yang Akhir, iaitu kekal
terus setelah habisnya segala
sesuatu yang maujud.
75. Azh-Zhaahir : ( ﺮﻫﺎﻈﻟﺍ ) Maha
Zahir / Maha Nyata / Maha
Menyatakan, iaitu menyatakan dan
menampakkan kewujudanNya itu
dengan bukti-bukti dan tanda-tanda
ciptaanNya
76. Al-Baathin : ( ﻦﻃﺎﺒﻟﺍ ) Maha
Tersembunyi, iaitu tidak dapat
dimaklumi ZatNya, sehingga tidak
seorang pun dapat mengenal ZatNya
itu.
77. Al-Waalii : ( ﻰﻟﺍﻮﻟﺍ ) Maha
Menguasai / Maha Menguasai
Urusan / Yang Maha Memerintah,
iaitu menggenggam segala sesuatu
dalam kekuasaanNya dan menjadi
milikNya.
78. Al-Muta’aalii : ( ﻝﺎﻌﺘﻤﻟﺍ ) Maha
Suci/Tinggi , iaitu terpelihara dari
segala kekurangan dan kerendahan.
79. Al-Bar : ( ﺭﺎﺒﻟﺍ ) Maha
Dermawan / Maha Bagus (Sumber
Segala Kelebihan) / Yang banyak
membuat kebajikan, iaitu banyak
kebaikanNya dan besar kenikmatan
yang dilimpahkanNya.
80. At-Tawwaab : ( ﺏﺍﻮﺘﻟﺍ ) Maha
Penerima Taubat, iaitu memberikan
pertolongan kepada orang-orang
yang melakukan maksiat untuk
bertaubat lalu Allah akan
menerimanya.
81. Al-Muntaqim : ( ﻢﻘﺘﻨﻤﻟﺍ ) Maha
Penyiksa / Yang Maha Menghukum,
kepada mereka yang bersalah dan
orang yang berhak untuk memperoleh
siksaNya.
82. Al-’Afuw : ( ﻮﻔﻌﻟﺍ ) Maha
Pemaaf / Yang Maha Pengampun,
menghapuskan kesalahan orang yang
suka kembali untuk meminta maaf
padaNya.
83. Ar-Rauuf : ( ﻑﺅﺮﻟﺍ ) Maha
Pengasih / Maha Mengasihi, banyak
kerahmatan dan kasih sayangNya.
84. Maalikul Mulk: ( ﻚﻟﺎﻤﻟﺍ
ﻚﻠﻤﻟﺍ ) Maha Pemilik Kekuasaan  /
Maha Menguasai kerajaan / Pemilik
Kedaulatan Yang Kekal, maka segala
perkara yang berlaku di alam
semesta, langit, bumi dan sekitarnya
serta yang di alam semesta itu
semuanya sesuai dengan kehendak
dan iradatNya.
85. Zul-Jalaali Wal Ikraam:
( ﻝﻼﺠﻟﺍﻭﺫ ﻡﺍﺮﻛﻹﺍﻭ ) Maha Pemilik
Keagungan dan Kemuliaan / Maha
Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan.
Juga Zat yang mempunyai
keutamaan dan kesempurnaan,
pemberi kurnia dan kenikmatan yang
amat banyak dan melimpah ruah.
86. Al-Muqsith : ( ﻂﺴﻘﻤﻟﺍ ) Maha
Mengadili / Maha Saksama, iaitu
memberikan kemenangan pada orang-
orang yang teraniaya dari tindakan
orang-orang yang menganiaya
dengan keadilanNya.
87. Al-Jaami’ : ( ﻊﻣﺎﺠﻟﺍ ) Maha
Mengumpulkan / Maha Pengumpul,
iaitu mengumpulkan berbagai hakikat
yang telah bercerai-berai dan juga
mengumpulkan seluruh umat manusia
pada hari pembalasan.
88. Al-Ghaniy : ( ﻰﻨﻐﻟﺍ ) Maha Kaya
Raya / Maha Kaya serta Serba
Lengkap, iaitu tidak berkehendakkan
apa juapun dari yang selain ZatNya
sendiri, tetapi yang selainNya itu
amat mengharapkan padaNya.
89. Al-Mughnii : ( ﻰﻨﻐﻤﻟﺍ ) Maha
Pemberi kekayaan / Maha
Mengkayakan dan Memakmurkan,
iaitu memberikan kelebihan yang
berupa kekayaan yang berlimpah-
ruah kepada siapa saja yang
dikehendaki dari golongan hamba-
hambaNya.
90. Al-Maani’ : ( ﻊﻧﺎﻤﻟﺍ ) Maha
Membela atau Maha Menolak / Maha
Pencegah, iaitu membela hamba-
hambaNya yang soleh dan menolak
sebab-sebab yang menyebabkan
kerosakan.
91. Adh-Dhaar : ( ﺭﺎﻀﻟﺍ ) Maha
Mendatangkan Mudharat / Maha
Pembuat Bahaya  / Maha Pemberi
bahaya, iaitu dengan menurunkan
seksa-seksaNya kepada musuh-
musuhNya
92. An-Naafi’ : ( ﻊﻓﺎﻨﻟﺍ ) Maha
Pemberi Manfaat , iaitu meluaslah
kebaikan yang dikurniakanNya itu
kepada semua hamba, masyarakat
dan negeri.
93. An-Nuur : ( ﺭﻮﻨﻟﺍ ) Maha
Pemberi Cahaya / Maha Bercahaya,
iaitu menonjokan ZatNya sendiri dan
menampakkan untuk yang selainNya
dengan menunjukkan tanda-tanda
kekuasaanNya.
94. Al-Haadi : ( ﻯﺩﺎﻬﻟﺍ ) Maha
Pemberi Petunjuk / Yang Memimpin
dan Memberi Pertunjuk, iaitu
memberikan jalan yang benar kepada
segala sesuatu agar berterusan
adanya dan terjaga kehidupannya.
95. Al-Badii’ : ( ﻊﻳﺪﺒﻟﺍ ) Maha
Indah / Tiada Bandingan  / Maha
Pencipta yang baru, sehingga tidak
ada contoh dan yang menyamai
sebelum keluarnya ciptaanNya itu.
96. Al-Baaqi : ( ﻊﻗﺎﺒﻟﺍ ) Maha
Kekal, iaitu kekal hidupNya untuk
selama-Iamanya
97. Al-Waarits : ( ﺙﺭﺍﻮﻟﺍ ) Maha
Membahagi / Maha Mewarisi  / Maha
Pewaris, iaitu kekal setelah
musnahnya seluruh makhluk.
98. Ar-Rasyiid : ( ﺪﻴﺷﺮﻟﺍ ) Maha
Cendekiawan / Maha Pandai /
Bijaksana / Maha Memimpin, iaitu
yang memimpin kepada kebenaran,
iaitu memberi penerangan dan
panduan pada seluruh hambaNya dan
segala peraturanNya itu berjalan
mengikut ketentuan yang digariskan
oleh kebijaksanaan dan
kecendekiawanNya.
99. Ash-Shabuur : ( ﺭﻮﺒﺼﻟﺍ ) Maha
Penyabar yang tidak tergesa-gesa
memberikan seksaan dan tidak juga
cepat melaksanakan sesuatu sebelum
masanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

mohon dukungan komentarnya ya