Sabtu, 15 Juni 2013

ASMAUL HUSNA bag.1

Makna Asmaul-Husna
ِﻪﻠﻟﭐ ِﻢۡﺴِﺑ ِﻦٰـَﻤۡﺣَّﺮﻟﭐ ِﻢﻴِﺣَّﺮﻟﭐ
Allah : ( ﻪﻠﻟﺍ ) Lafaz yang Maha
Mulia yang merupakan nama dari Zat
Ilahi yang Maha Suci serta wajib
adanya yang berhak memiliki semua
macam pujian dan sanjungan.
Lafadz ini disebut juga
lafadz Jalalah , dan juga disebut Ismu
Zat . Iaitu Zat yang menciptakan
langit, bumi dan seisinya termasuk
kita sebagai umat manusia ini. Dan
Dialah Tuhan seru sekalian alam.
Adapun nama-nama lain, maka setiap
nama itu menunjukkan suatu sifat
Allah yang tertentu dan oleh sebab
itu bolehlah dianggap sebagai sifat
bagi lafaz yang Maha Mulia.

.
.
Berikut ini adalah 99 nama Allah SWT
(Asmaul Husna) beserta maknanya:
1. Ar-Rahmaan : ( ﻦﻤﺣﺮﻟﺍ ) Maha
Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan
yang agung-agung dan pengasih di
dunia.
2. Ar-Rahim : ( ﻢﻴﺣﺮﻟﺍ ) Maha
Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan
yang di luar jangkaan dan penyayang
di akhirat.
3. Al-Malik : ( ﻚﻠﻤﻟﺍ ) Maha Merajai/
Menguasai /Pemerintah, iaitu
mengatur kerajaanNya sesuai
dengan kehendakNya sendiri.
4. Al-Quddus: ( ﺱﻭﺪﻘﻟﺍ ) Maha Suci,
iaitu tersuci dan bersih dari segala
cela dan kekurangan.
5. As-Salaam : ( ﻡﻼﺴﻟﺍ ) Maha
Penyelamat, iaitu pemberi
keselamatan dan kesejahteraan
kepada seluruh makhlukNya.
6. Al-Mu’min : ( ﻦﻣﺆﻤﻟﺍ ) Maha
Pengaman / Pemelihara keamanan,
iaitu siapa yang bersalah dan
makhlukNya itu benar-benar akan
diberi seksa, sedang kepada yang
taat akan benar-benar dipenuhi
janjiNya dengan pahala yang baik.
7. Al-Muhaimin : ( ﻦﻤﻴﺤﻤﻟﺍ ) Maha
Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal
serta Pengawas, iaitu memerintah
dan melindungi segala sesuatu.
8. Al-’Aziiz : ( ﺰﻳﺰﻌﻟﺍ ) Maha
Mulia / Maha Berkuasa, iaitu
kuasaNya mampu untuk berbuat
sekehendakNya
9. Al-Jabbaar : ( ﺭﺎﺒﺠﻟﺍ ) Maha
Perkasa / Maha Kuat / Yang
Menundukkan Segalanya, iaitu
mencukupi segala keperluan,
melangsungkan segala perintahNya
serta memperbaiki keadaan seluruh
hambaNya.
10. Al-Mutakabbir : ( ﺮﺒﻜﺘﻤﻟﺍ )
Maha Megah / Maha Pelengkap
Kebesaran. iaitu yang melengkapi
segala kebesaranNya, menyendiri
dengan sifat keagungan dan
kemegahanNya.
11. Al-Khaaliq : ( ﻖﻟﺎﺨﻟﺍ ) Maha
Pencipta, iaitu mengadakan seluruh
makhluk tanpa asal, juga yang
menakdirkan adanya semua itu.
12. Al-Baari’ : ( ﺉﺭﺎﺒﻟﺍ ) Maha
Pembuat / Maha Perancang / Maha
Menjadikan, iaitu mengadakan
sesuatu yang bernyawa yang ada
asal mulanya.
13. Al-Mushawwir : ( ﺭﻮﺼﻤﻟﺍ ) Maha
Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa
Bentuk, memberikan gambaran atau
bentuk pada sesuatu yang berbeza
dengan lainnya. (Al-Khaaliq adalah
mengadakan sesuatu yang belum ada
asal mulanya atau yang menakdirkan
adanya itu. Al-Baari’ ialah
mengeluarkannya dari yang sudah
ada asalnya, manakala Al-Mushawwir
ialah yang memberinya bentuk yang
sesuai dengan keadaan dan
keperluannya).
14. Al-Ghaffaar : ( ﺭﺎﻔﻐﻟﺍ ) Maha
Pengampun, banyak pemberian
maafNya dan menutupi dosa-dosa
dan kesalahan.
15. Al-Qahhaar : ( ﺭﺎﻬﻘﻟﺍ ) Maha
Pemaksa, menggenggam segala
sesuatu dalam kekuasaanNya serta
memaksa segala makhluk menurut
kehendakNya.
16. Al-Wahhaab : ( ﺏﺎﻫﻮﻟﺍ ) Maha
Pemberi / Maha Menganugerah, iaitu
memberi banyak kenikmatan dan
selalu memberi kurnia.
17. Ar-Razzaaq : ( ﻕﺍﺯﺮﻟﺍ ) Maha
Pengrezeki / Maha Pemberi Rezeki,
iaitu memberi berbagai rezeki serta
membuat juga sebab-sebab
diperolehnya.
18. Al-Fattaah : ( ﺡﺎﺘﻔﻟﺍ ) Maha
Membukakan / Maha Pembuka , iaitu
membuka gedung penyimpanan
rahmatNya untuk seluruh hambaNya.
19. Al-’Aliim : ( ﻢﻴﻠﻌﻟﺍ ) Maha
Mengetahui, iaitu mengetahui segala
yang maujud dan tidak ada satu
benda pun yang tertutup oleh
penglihatanNya.
20. Al-Qaabidh : ( ﺾﺑﺎﻘﻟﺍ ) Maha
Pencabut / Maha Penyempit Hidup /
Maha Pengekang, iaitu mengambil
nyawa atau menyempitkan rezeki
bagi siapa yang dikehendaki olehNya.
21. Al-Baasith : ( ﻂﺳﺎﺒﻟﺍ ) Maha
Meluaskan / Maha Pelapang Hidup /
Maha Melimpah Nikmat, iaitu
memudahkan terkumpulnya rezeki
bagi siapa yang diinginkan olehNya.
22. AI-Khaafidh : ( ﺾﻓﺎﺨﻟﺍ ) Maha
Menjatuhkan / Maha Menghinakan /
Maha Perendah / Pengurang, iaitu
terhadap orang yang selayaknya
dijatuhkan akibat kelakuannya
sendiri dengan memberinya kehinaan,
kerendahan dan seksaan.
23. Ar-Raafi’ : ( ﻊﻓﺍﺮﻟﺍ ) Maha
Mengangkat / Maha Peninggi, iaitu
terhadap orang yang selayaknya
diangkat kedudukannya kerana
usahanya yang giat, iaitu termasuk
golongan kaum yang bertaqwa.
24. Al-Mu’iz : ( ﺰﻌﻤﻟﺍ ) Maha
Menghormati / Memuliakan / Maha
Pemberi Kemuliaan/Kemenangan,
iaitu kepada orang yang berpegang
teguh pada agamaNya dengan
memberinya pentolongan dan
kemenangan.
25. Al-Muzil : ( ﻝﺬﻤﻟﺍ ) Maha
Menghina / Pemberi kehinaan, iaitu
kepada musuh-musuhNya dan musuh
ummat Islam seluruhnya.
26. As-Samii’ : ( ﻊﻴﻤﺴﻟﺍ ) Maha
Mendengar.
27. Al-Bashiir : ( ﺮﻴﺼﺒﻟﺍ ) Maha
Melihat.
28. Al-Hakam : ( ﻢﻜﺤﻟﺍ ) Maha
Menghukum / Maha Mengadili, iaitu
sebagai hakim yang menetapkan /
memutuskan yang tidak seorang pun
dapat menolak keputusanNya, juga
tidak seorang pun yang berkuasa
merintangi kelangsungan hukumNya
itu.
29. Al-’Adl : ( ﻝﺪﻌﻟﺍ ) Maha Adil.
Serta sangat sempurna dalam
keadilanNya itu.
30. Al-Lathiif : ( ﻒﻴﻄﻠﻟﺍ ) Maha
Menghalusi / Maha Teliti / Maha
Lembut serta Halus, iaitu mengetahui
segala sesuatu yang samar-samar,
pelik-pelik dan kecil-kecil.
31. Al-Khabiir : ( ﺮﻴﺒﺨﻟﺍ ) Maha
Waspada/ Maha Mengetahui.
32. Al-Haliim : ( ﻢﻴﻠﺤﻟﺍ ) Maha
Penyabar / Maha Penyantun / Maha
Penghamba, iaitu yang tidak
tergesa-gesa melakukan kemarahan
dan tidak pula gelojoh memberikan
siksaan.
33. Al-’Adzhiim : ( ﻢﻴﻈﻌﻟﺍ ) Maha
Agung, iaitu mencapai puncak
tertinggi dan di mercu keagungan
kerana bersifat dengan segala
macam sifat kebesaran dan
kesempunnaan.
34. Al-Ghafuur : ( ﺭﻮﻔﻐﻟﺍ ) Maha
Pengampun, banyak pengampunanNya
kepada hamba-hambaNya.
35. Asy-Syakuur : ( ﺭﻮﻜﺸﻟﺍ ) Maha
Pembalas / Maha Bersyukur, iaitu
memberikan balasan yang banyak
sekali atas amalan yang kecil.
36. Al-’Aliy : ( ﻲﻠﻌﻟﺍ ) Maha Tinggi
Martabat-Nya / Maha Tinggi serta
Mulia, iaitu mencapai tingkat yang
setinggi-tingginya yang tidak
mungkin digambarkan oleh akal fikiran
sesiapa pun dan tidak dapat
difahami oleh otak yang
bagaimanapun pandainya.
37. Al-Kabiir : ( ﺮﻴﺒﻜﻟﺍ ) Maha
Besar, yang kebesaranNya tidak
dapat dicapai oleh pancaindera
ataupun akal manusia.
38. Al-Hafidz : ( ﻆﻴﻔﺤﻟﺍ ) Maha
Pemelihara Maha Pelindung / Maha
Memelihara, iaitu menjaga segala
sesuatu jangan sampai rosak dan
goyah. Juga menjaga segala amal
perbuatan hamba-hambaNya,
sehingga tidak akan disia-siakan
sedikit pun untuk memberikan
balasanNya.
39. Al-Muqiit : ( ﺖﻴﻘﻤﻟﺍ ) Maha
Pemberi kecukupan/ Maha Pemberi
Keperluan , baik yang berupa
makanan tubuh ataupun makanan rohani.
40. Al-Hasiib : ( ﺐﻴﺴﺤﻟﺍ ) Maha
Penjamin / Maha Mencukupi / Maha Penghitung, iaitu memberikan jaminan kecukupan kepada seluruh bamba- hambaNya pada hari Qiamat.
41. Al-Jaliil : ( ﻞﻴﻠﺠﻟﺍ ) Maha Luhur,iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan sifat-sifatNya.
42. Al-Kariim : ( ﻢﻳﺮﻜﻟﺍ ) Maha
Pemurah, iaitu mulia tanpa had dan
memberi siapa pun tanpa diminta
atau sebagai penggantian dan
sesuatu pemberian.
43. Ar-Raqiib : ( ﺐﻴﻛﺮﻟﺍ ) Maha
Peneliti / Maha Pengawas Maha
Waspada, iaitu yang mengamat-
amati gerak-geri segala sesuatu dan
mengawasinya.
44. Al-Mujiib : ( ﺐﻴﺠﻤﻟﺍ ) Maha
Mengabulkan, iaitu yang memenuhi
permohonan siapa saja yang berdoa
padaNya.
45. Al-Waasi’ : ( ﻊﺳﺍﻮﻟﺍ ) Maha
Luas Pemberian-Nya , iaitu
kerahmatanNya merata kepada
segala yang maujud dan luas pula
ilmuNya terhadap segala sesuatu.
46. Al-Hakiim : ( ﻢﻴﻜﺤﻟﺍ ) Maha
Bijaksana, iaitu memiliki
kebijaksanaan yang tertinggi
kesempurnaan ilmuNya serta
kerapiannya dalam membuat segala
sesuatu.
47. Al-Waduud : ( ﺩﻭﺩﻮﻟﺍ ) Maha
Pencinta / Maha Menyayangi, iaitu
yang menginginkan segala kebaikan
untuk seluruh hambaNya dan juga
berbuat baik pada mereka itu dalam
segala hal dan keadaan.
48. Al-Majiid : ( ﺪﻴﺠﻤﻟﺍ ) Maha
Mulia, iaitu yang mencapai tingkat
teratas dalam hal kemuliaan dan
keutamaan.
49. Al-Ba’ithu : ( ﺚﻋﺎﺒﻟﺍ ) Maha
Membangkitkan, iaitu membangkitkan
semangat dan kemahuan, juga
membangkitkan para Rasul dan
orang-orang yang telah mati dari
kubur masing-masing nanti setelah
tibanya hari Qiamat.
50. Asy-Syahiid : ( ﺪﻴﻬﺸﻟﺍ ) Maha
Menyaksikan / Maha Mengetahui
keadaan semua makhluk.
51.  Al-Haq : ( ﻖﺤﻟﺍ ) Maha Haq /
Maha Benar yang kekal dan tidak
akan berubah sedikit pun.
52. Al-Wakiil : ( ﻞﻴﻛﻮﻟﺍ ) Maha
Pentadbir / Maha Berserah / Maha
Memelihara penyerahan, yakni
memelihara semua urusan hamba-
hambaNya dan apa-apa yang menjadi
keperluan mereka itu.
53. Al-Qawiy : ( ﻯﻮﻘﻟﺍ ) Maha
Kuat / Maha Memiliki Kekuatan , iaitu
yang memiliki kekuasaan yang
sesempurnanya.
54. Al-Matiin : ( ﻦﻴﺘﻤﻟﺍ ) Maha
Teguh / Maha Kukuh atau Perkasa /
Maha Sempurna Kekuatan-Nya , iaitu
memiliki keperkasaan yang sudah
sampai di puncaknya.
55. Al-Waliy : ( ﻰﻟﻮﻟﺍ ) Maha
Melindungi, iaitu melindungi serta
mengaturkan semua kepentingan
makhlukNya kerana kecintaanNya
yang amat sangat dan pemberian
pertolonganNya yang tidak terbatas
pada keperluan mereka.
56. Al-Hamiid : ( ﺪﻴﻤﺤﻟﺍ ) Maha
Terpuji, yang memang sudah
selayaknya untuk memperoleh pujian
dan sanjungan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

mohon dukungan komentarnya ya