Jumat, 12 April 2013

Fadilah surat AL MULK

Surah Al Mulk adalahKelebihan Surah Al Mulk
Surah ini menyelamatkannya daripada azab
kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam
hari. Seseorang yang membacanya pada malam
hari telah melakukan banyak ibadah dan telah
melakukan satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan
tidur melainkan setelah membaca surah As
Sajadah dan surah Al Mulk.”
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat
(mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan
seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi
cerdik.
.
.
Fadhilat Dari Hadis
Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang
terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:
.
1. Mendapat Syafaat
Daripada Abu Hurairah r.a dari
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya
di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi
syafaat kepada pembacanya sehingga
diberi keampunan untuknya iaitu surah
al-Mulk.”
Abu Hurairah meriwayatkan hadis,
katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-
Quran itu, ada satu surah yang
mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat
bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi
mana lelaki itu membacanya, selagi itu
pula ia meminta ampun untuknya. Surah
itu ialah surah Al Mulk.”
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam
bersabda: “Sebahagian surah-surah yang
terdapat di dalam Al-Quran ada satu
surah yang mengandungi 30 ayat. Surah
itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat
kepada orang yang membacanya dengan
mengeluarkannya dari Neraka dan
memasukkannya ke dalam Syurga.”
Ulama berkata: ”Sesungguhnya surah Al
Mulk itu melepaskan pengamal-
pengamalnya dari kena azab. Ia akan
bersoal jawab pada hari kiamat di
hadapan Tuhan kerana menuntut
kelepasan mereka yang mengamalkannya
dari azab api Neraka.”
.
.
2. Menyelamatkan daripada seksa kubur
Di dalam kubur orang yang telah mati para
malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk
memberi  hukuman.  Kakinya berkata; “kamu
tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana
orang ini pernah berdiri dalam solat dan
membaca Surah Al-Mulk” . Kemudian mereka
datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan
mereka juga terhalang. Kemudian mereka
datang dari sisi kepala.
Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak
dapat datang dari arah ini kerana orang ini
selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah
ini menyelamatkannya daripada azab kubur.
.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam
bersabda: “Surah Al Mulk itu
memelihara dan menghindarkan
pembacanya dari azab kubur.”
Nabi Muhammad SAW
bersabda: “Sesiapa membaca surah Al
Mulk setiap malam, diselamatkannya dari
azab kubur.”
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa
membaca surah Al Mulk pada mana-mana
malam, nescaya datang ke dalam
kuburnya surah itu sebagai penganti
untuk bersoal jawab dengan Munkar
Nakir”.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam
bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-
Quran ada satu surah yang terkandung
30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk.
Ia akan datang kepada pembacanya untuk
membantu bersoal jawab dalam kubur
sehinggalah mereka selamat masuk ke
dalam Syurga.”
Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas
berkata: “Sesiapa membaca surah Al
Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya,
nescaya ia mendapat bantuan dan
pertolongan dari Allah Subhanahu wa
Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab
hendak datang ke kepala, terdengar
satu seruan: “Tidak boleh engkau datang
ke pihak kepala ini kerana ada surah Al
Mulk.”
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata,
seorang sahabat Rasulullah SAW telah
mendirikan khemah di atas kubur dan
beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di
dalamnya terdengar suara bacaan surah
al-Mulk sehingga khatam maka beliau
menemui baginda SAW dan berkata :
“Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu
khemah di atas satu kubur dan saya
tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya
terdengar seorang manusia sedang
membaca surah al-Mulk sehingga khatam.
” Nabi SAW bersabda; “Itulah yang
menahan dan menyelamatkan dia daripada
siksa kubur.” (HR At-Tarmizi)
.
.
3. Hati Beriman
Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin
supaya Surah Al-Mulk berada di dalam
hati setiap orang yang beriman.” (iaitu
setiap muslim hendaklah mempelajarinya
dan membacanya dengan istiqamah).
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam
bersabda: “Aku sungguh gembira,
sekiranya orang mukmin sentiasa
membaca surah Al Mulk sehingga seolah-
olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”
.
.
4. Mendapat Keistimewaan
Saiyidina ‘Ali berkata: ”Sesiapa
mengamalkan surah Al Mulk, nescaya
dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap
malaikat serta wajahnya yang cantik
seperti nabi Yusuf.”
Ulama berkata: “Sesungguhnya surah
Yasin dan surah Al Mulk terkandung di
dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan.
Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia
mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-
kelebihan itu serta dikasihi oleh semua
manusia dan juga menjadi hebat pada
pandangan makhluk.”
.
.
Khasiat Ayat Dari Surah Al-Mulk
Ayat dari Surah Al Mulk juga mempunyai
khasiat dan keistimewaan yang lain.
Diantaranya:
.
1.  Khasiat Ayat 14 Surah Al-Mulk
ﺎَﻟَﺃ ُﻢَﻠْﻌَﻳ ْﻦَﻣ َﻖَﻠَﺧ َﻮُﻫَﻭ ُﻒﻴِﻄَّﻠﻟﺍ
ُﺮﻴِﺒَﺨْﻟﺍ ١٤﴿
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian
makhluk itu mengetahui (segala-galanya)?
Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya,
lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
1. Dipandang hebat dan berwibawa.
2. Boleh mengetahui apakah kelebihan diri
sendiri.
3..Dapat merasai apabila ajal telah hampir
tiba.
4. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian
boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan
fakir.
5. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang
besar.
6. Jauh dari seksa kubur jika dibaca ayat 14
dan 15 surah Al Mulk.
7. Jika berhajat hendak melihat orang yang
melakukan jahat, pencuri, sihir, memfitnah,
orang yang sudah meninggal dalam kubur dan
perkara yang penting dalam peperiksaan
lakukan:
a. Solat hajat.
b. Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan.
c. Tidur dalam keadaan berwudhu dan
berdoa (apa niat kita) dan tidur
mengiring dengan lembung kanan.
.
.
2. Khasiat Ayat 23 Surah Al-Mulk
ْﻞُﻗ َﻮُﻫ ﻱِﺬَّﻟﺍ ْﻢُﻛَﺄَﺸﻧَﺃ َﻞَﻌَﺟَﻭ ُﻢُﻜَﻟ
َﻊْﻤَّﺴﻟﺍ َﺭﺎَﺼْﺑَﺄْﻟﺍَﻭ ۖ َﺓَﺪِﺌْﻓَﺄْﻟﺍَﻭ
ﺎًﻠﻴِﻠَﻗ ﺎَّﻣ َﻥﻭُﺮُﻜْﺸَﺗ ٢٣﴿
Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang
menciptakan kamu (dari tiada kepada ada),
dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan
penglihatan serta hati (untuk kamu
bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu
bersyukur”.
.
- Jika diamalkan ayat ini, iaitu dibacakan pada
gigi yang sakit. InsyaAllah, akan berkurangan
dan sembuh sakit giginya.
.
.
Terdapat banyak keistimewaan daripada tiga
puluh ayat Surah Al – Mulk tersebut. Ia akan
terus mensyafaati bagi orang yang
membacanya dengan istiqamah hingga ia
diampunkan.
surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini
tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri
daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana
kata Al Mulk yang terdapat pada ayat
pertama surah ini. yang bererti ‘Kerajaan’.
Surat ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’
yang bererti Maha Suci.
Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan
keselamatan, kerana ia akan menjadi
penyelamat dan pendinding dari siksa kubur
kepada pembacanya.
Surah Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah
dengan menjadikan membacanya amalan
kehidupan seharian. Ulama berkata:
“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi
Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah
membaca surah As Sajadah dan surah Al
Mulk.”
.
.
Kandungan Surah Al Mulk
Secara umumnya, surah ini banyak
mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap
makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan
daripada tajuk surah ini, al-Mulk, yang
bermaksud ‘kerajaan’. Pada awal surah, ayat
ini diceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini,
yang tidak ada cacat-celanya.
.
Allah telah menciptakan alam ini daripada awal
yang tiada apa-apa kepada yang ada dan
seterusnya menjaga alam ini dengan penuh
kesempurnaan. Allah berkuasa menciptakan
dan mematikan sesuatu menurut kehendak-
Nya.
.
Beberapa ayat yang seterusnya mengisahkan
azab di neraka, di mana setiap kali
sekumpulan manusia di campakkan ke dalam
api neraka, malaikat penjaga bertanya,
“Apakah belum pernah datang orang yang
memberi peringatan kepada kamu?”. “Ya,
tetapi kami mendustakannya”. Begitulah
respons mereka.
.
Cuba kita lihat dalam kehidupan seharian kita.
Adakah kita sering menolak ajakan untuk
membuat kebaikan? Jika ya, cuba check iman,
mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dalam
golongan yang akan menyesal di akhirat kelak.
.
Dan secara ringkasnya, ayat-ayat yang
berikutnya berkisarkan kuasa Allah yang
mengetahui perkara yang disembunyikan,
berkuasa menciptakan burung yang terbang di
angkasa, dan yang berkuasa memberi dan
menahan rezeki kita. Allah amatlah murka
terhadap mereka yang mendustakannya, walhal
telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaaan-
Nya.
.
Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan
yang harus kita renungi bersama : “Katakanlah
(Muhammad), Terangkanlah kepadaku, jika
sumber air kamu menjadi kering, maka siapa
yang akan memberimu air yang mengalir?”

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

mohon dukungan komentarnya ya