Minggu, 05 Mei 2013

SURAT AL WAQIAH SURAT KEKAYAAN

Al-Waqiah Surah Kekayaan
Surah Al-Waqiah memang terkenal
dengan beberapa khasiatnya dan
kelebihan tersendiri dan hadis
mengenainya adalah sahih.
1. Dengan mewiridkan surah Al-
Waqiah sebagai bacaan rutin
setiap hari dan malam, maka Allah
menjauhkan kefakiran selamanya.
Sa’ad Al Mufti mengatakan,
bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam
yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca
surah Al-Waqiah, maka ia tidak
akan kefakiran selamanya.”
.
2. Rasulullah SAW
bersabda: “Sesiapa membaca
surah Al-Waqiah setiap hari, ia
tidak akan ditimpa kefakiran.”
3. Daripada Ibnu Mas’ud r.a.,
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa membaca surah Al-
Waqiah setiap malam, maka dia
tidak akan ditimpa kesusahan atau
kemiskinan selama-lamanya.” (HR:
Al- Baihaqi)
4. Rasulullah SAW bersabda:
“Ajarkanlah surah Al-Waqiah
kepada isteri-isterimu. Kerana
sesungguhnya ia adalah surah
Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu
Ady)
5. Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-
Waqiah setiap malam maka dia
tidak akan tertimpa kefakiran dan
kemiskinan selamanya. Dan surah
Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan,
maka bacalah ia dan ajarkan
kepada anak-anakmu semua.”
.
Menurut fatwa sebahagian Ulama’
katanya: “Sesiapa membaca surah
Al-Waqiah pada setiap hari dan
malam dalam satu majlis sebanyak
40 kali, selama 40 hari pula, maka
Allah akan memudahkan rezekinya
dengan tanpa kesukaran dan
mengalir terus dari pelbagai
penjuru serta berkah pula.”
.
.
.
.
Khasiat Surah Al-Waqiah
Di dalam surah Al-Waqiah
terkandung beberapa fadhilat dan
khasiat, antara lain:
.
1. Mereka yang membacanya
sebagai wirid, Insya’Allah akan
beroleh kesenangan selama-
lamanya.
2. Bila orang membiasakan
membaca surah ini setiap malam
satu kali, maka dia dijauhkan dari
kemiskinan selamanya.
3. Mereka yang membacanya
sebanyak 14 X setiap lepas Solat
Asar, Insya’Allah akan
dikurniakan dengan kekayaan dan
rezeki yang berlimpah ruah.
4. Jika dibaca surah ini sebanyak
41 X dalam satu majlis,
Insya’Allah ditunaikan segala
hajatnya khususnya yang
berkaitan dengan rezeki.
5. Menjadi orang kaya yang
sentiasa bersyukur, amalkan
membaca surah ini sebanyak 3 X
selepas Solat Subuh dan 3 X
selepas Solat Isyak. Insya’Allah
tidak akan berlalu masa setahun
itu melainkan ia akan dijadikan
seorang yang hartawan lagi
dermawan.
6. Amalan orang-orang sufi,
supaya dilimpahkan rezeki;
Insya’Allah berhasil:
Hendaklah berpuasa selama
seminggu bermula pada hari
Jumaat.
Selepas tiap solat fardhu
bacalah Surah Al-Waqiah
sebanyak 25 kali sehinggalah
sampai pada malam Jumaat
berikutnya.
Pada malam Jumaat
berikutnya, selepas solat
Maghrib bacalah Surah Al-
Waqiah sebanyak 25 kali dan
selepas solat Isyak sebanyak
125 kali.
Diikuti dengan selawat ke
atas Nabi sebanyak 1000
kali.
Setelah selesai, hendaklah ia
memperbanyakkan sedekah.
Kemudian amalkanlah Surah
Al-Waqiah ini sekali pada
waktu pagi dan petang.
7. Selepas solat Isyak, ambillah
segelas air lalu bacalah Surah Al-
Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali
dan Surah Al-Waqi’ah, ayat
35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam
air dan minum. Dalam hati, niat
untuk menjaga kecantikan diri dan
kebahagiaan rumahtangga kita.
Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat
35-38 ialah : “Sesungguhnya,
Kami telah menciptakan isteri-
isteri mereka dengan ciptaan
istimewa. Serta Kami jadikan
mereka sentiasa dara (yang tidak
pernah disentuh), yang tetap
mencintai jodohnya serta yang
sebaya dengan umurnya.”
8. Surah Al-Waqiah ini jika dibaca
di sisi mayat atau orang yang
sedang nazak, Insya’Allah di
permudahkan untuk roh keluar dari
jasadnya. Jika dibaca disisi orang
sakit, diringankan kesakitannya.
Jika di tulis, kemudian dipakaikan
kepada orang yang hendak
bersalin, Insya’Allah segera
melahirkan dengan mudah. Boleh
juga dibaca di sisi orang yang
hendak bersalin sebagai selusuh.
.
.
Petua Kaya Syeikh Abi’l Abbas
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas
katanya; Dengan mengamalkan
seperti berikut, Insya’Allah, ia
akan menjadi orang kaya.
.
1. Bila hendak mengamalkan surah
Al- Waqiah ini, terlebih dahulu
berpuasa selama 7 hari, di mulai
pada hari Jumaat berakhir pada
hari Khamis. Buka puasanya hanya
makan sayur-sayuran / tumbuhan
sahaja (tidak memakan sesuatu
yang bernyawa seperti tidak
makan ikan, daging, segala
haiwan).
2. Dalam 7 hari itu, sesudah solat
fardhu, membaca surah Al-Waqiah
sebanyak 25 X. Apabila bacaan
tersebut di mulai setelah solat
fardhu Subuh pada hari Jumaat
pertama, maka diakhirilah
pembacaan Al-Waqi’ah itu pada
setelah fardhu Isyak pada
Jumaat berikutnya.
3. Pada malam Jumaat terakhir
ini hendaklah membaca surah Al-
Waqiah sebanyak 125 X, kemudian
berselawat 1000 X.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

mohon dukungan komentarnya ya